Saturday, May 15, 2010

aku lautan dan langit


okay..masuk dalam mood yg sentimental sikit..

mcm mana boleh timbul keinginan syahdu dalam diri aku yang aku nk sangat belayar di lautan luas
mengemudi sampan kecil,boat dan kapal besar di tengah2 lautan..
menjadi kelasi kapal,nelayan,dan ahli2 pengemudi kapal berkaitan dengan sains nautika dan maritim.ditujukan kepada budak2 ALAM ;D
terbit satu keinginan lepas aku tersearch mengenai sains nautika memerlukan seseorng itu mahir dalam pengurusan perkapalan.
tapi perempuan ada tak?mcm x ramai je.dan kerja tu lebih kepada teknikal
tapi tapi tapi
apa yg aku nampak ianya satu laluan kerjaya yang sangat luas
tak terhad dalam satu tempat
pelayar akan berlayar di atas kapal meredah lautan luas
tak kan habis jika diteroka.yang tiada sempadan
diri akan beribu2 batu jauhnya dari keluarga

meninggalkan semua di daratan dan pergi meneroka lautan
bukan di dasar tapi pemerhatian hanya di atas kapal melihat samudera yg sangt luas
dan bagi aku kalau menjadi pelayar..
aku akan dapat melihat 70 peratus permukaan bumi
di daratan ianya terhad dan minda sering bercelaru dengan hiruk pikuk kota,

lautan.satu ciptaan yang sangat unik bagi aku.
beruntungnya kalau dapat melihat keajaiban tuhan dengan mata kepala sendiri
beruntungnya kalau ada bf yg berkecimpung dalam bidang pelayaran dan lautan.haha
dalam konsep ni aku cuma terimagine abang2 navy dan kapten2 ALAM yg berpakaian serba putih bersih
oh demm!sexy segak kacak dan kemas bergaya. ;D
nak nak nak nak.haha

bila tengok laut mesti tenang..
muka asyik ditiup angin bayu laut yg sepoi2 bahasa,cuci mata melihat burung camar,dan mencari satu horizon yang membahagikan lautan dan langit
HORIZON CINTA.satu garis yg membezakan luas langit dan luas laut walaupun ianya bercantum. :)
dan menyelami perasaan seorang pelayar..
kadang kadang mesti sedikit sebanyak akan timbul rasa sunyi.bergaul dalam kelompok dan sebuah kehidupan yg lengkap prasarana nya
tapi kenyataan yg pasti pelayar itu masih tetap berdiri dan mejalankan aktivit harian mereka di atas sebuah kapal yg besar. :)
kehidupan lebih banyak dihabiskan di samudera
dan yg pasti samudera itu indah nian
dan keinginan aku semakin membuak2 untuk menjadi sebahagian yg menghabiskan masa di samudera
mengemudi kapal besar dengan berpangkat kapten dan mencari ruang untuk lebih mengenali dunia,

mira ada nawaitu nak masuk ALAM
akademi laut malaysia,
wink wink ;)

Saturday, May 8, 2010

SELAMAT HARI IBU,PN NOR AZIYATI :)

nor aziyati bt.abdul aziz. :)


insan yang sangat aku perlukan dalam hidup aku
seorang wanita yang bagi aku sangat sempurna sebagai seorang perempuan
sentiasa bersama aku sama ada dalam susah atau senang
dalam keadaan aku sedang sedih atau gembira
dia sentiasa ada sewaktu aku perlukan dia.sentiasa mencari masa untuk kenal isi hatiku.
dan semakin hari semakin usia ku meningkat dewasa
semakin aku sedar kepentingan dan hadirnya emak dalam hidup ku
sebagai seorang remaja perempuan yg sangat rapuh,aku sangat memerlukan bimbingan dan kata nasihat dia
emak telah membesarkan aku dengan cukup sempurna
menjadi seorang anak yang aku tahu,apabila besar kelak aku perlu taburkan bakti dan budi kepada dia
benar,sepanjang hidup aku ini.bohong jika aku cakap yg aku x pernah membuat emak menangis kecewa dengan peribadiku dengan sikapku.
aku memang belum cukup sempurna untuk mebuat emak sentiasa tersenyum ceria
tapi aku bukan seorang yg gagal dalam membuktikan betapa aku menghargai jasa emak.
dalam usia yg kian matang aku mula kenal dan aku mula rasa yang emak yang ALLAH telah pinjamkan kepada aku ini ialah seoarang insan yg sangat sempurna
pinjaman nya yang cuma seketika dan itu adalah suatu kepastian yang nyata dan apabila masa yg dijanjikan tiba
kehadiran emak dalam hidupku ini akan menjadi satu kenangan yg terindah dalam diri aku.
dan sepanjang hidup ini dan selagi emak bernafas
aku berjanji bahawa dirinya akan ku jaga dan aku belai dengan penuh kasih sayang.
hubungan emak dan aku sangat erat dan akan bertambah erat
sepenuh kata aku sangat memrlukan dia dalam hidup aku
dan fikiran aku belum begitu kuat untuk aku bayangkan bahawa suatu hari nanti emak akan pergi juga.
tak tak tak tak.aku x nak fikir tu semua.yang aku tahu aku sangat sayangkan emak!sayang sangat sangat!!


YA ALLAH YA TUHANKU...semoga engkau memanjangkan usia ibuku dan semoga kau memberikan kepadanya kesihatan tubuh badan.eratkan lah hubungan kami sebagai ibu dan anak dan jangan lah engkau pisahkan dirinya daripadaku sewaktu aku belum sempat membalas segala jasanya.walaupun aku tahu setiap satu hembusan nafas ibuku sewaktu melahirkan ku tidak mungkin dapat ku balas,semoga kau jauhkan aku dari sikap sombong dan tidak mengenang budi,kau haramkan lah jasadku ini daripada bergelar anak derhaka,melanggar sempadan yang boleh menjadikan aku seorang anak derhaka.lapangkan lah dada ibuku dan kau dekatkan lah dirinya kepada mu.redhakan lah ikatan kasih sayang antara kami ini dan sesungguhnya engkau maha pelindung dan aku berterima kasih atas kurniaan diriMU ini.
emak dan ayah


tanggal 9 may.
tarikh yg memberikan seribu satu makna dalam diri aku.
HARI IBU.yang disambut oleh semua yg bergelar anak kepada insan istimewa
yang dipanggil IBU,EMAK,MAMA,UMMI,MAMMY. :)

sebenarnya bagi aku..setiap hari pun ialah hari ibu.dan setiap hari pun aku bertambah sayang dekat mak aku dan setiap hari pun aku sentiasa menyebut panggilan emak emak emak emak.
dah sebati dah pun naluri dalam diri emak dengan badan aku ni,
puan nor aziyati,anak mu ini..nurul amirah sangat cintakan dirimu.sangat sayangkan dirimu dan sangat menghargai dirimu dalam hidupnya.
mira sayang dekat ommak sorang sahaja!
:)
mmuuaahhh!


Monday, May 3, 2010

bakal pelajar universiti malaya :)




pertama kali mejejak kan kaki ke dewan kuliah u.m
dan telah membuat onar dengan meningglakn cap mohor kat meja dewan tu
;Dmengambil mood sebagai pelajar universiti
berangan dan pasang angan2 x pek kan?sebagai pembakar semanagat untuk terus maju berjaya dan capai apa yg diinginkan
eccehh!
serius ni.
target spm terbaekkk seterusnya bergelar mahasiswi di universiti tempatan
:)

2 May 2010tarikh keramat yg telah membawa aku dan kawan kawan ke universiti malaya
sangat teruja.hahaade sesiapa di antara pemblogger kat sini pelajar u.m x? :)
meh beramah mesra jap
SEMINAR SKOR A bagi subjek bahasa melayu,SPM di fakulti ekonomi u.m
woah!cerita berdentum dentum tapi masih dalam kelompok yg sama
iaitu perkataan spm belum boleh dibuang ;Dasal cerita je mesti kene letak gak ayat ajaib spm.mengapa?sebb aku memang masih pelajar sekolah dan tahun ni akan ambil spm
sebagai peringatan dan x mahu diri teralpa kerapkan lah menyebut itu perkataan.

bengkel peperiksaan yg berlangsung selama 10 jam.
best best best walaupun ada ketikanya mata dah stim2 ala menyedut air nikmat daun ketum.
duduk di bahagian belakang dan paling atas sekali
syana kata lebih afdal duduk di kawasan paling tinggi dan jauh
sebab nanti kita dapat tengok apa yg berlaku kat bawah
boleh skodeng semua kot2 ada yg buat seminar mengkaji badan manusia time lampu gelap2.
tapi aku tengok time belajar dasat je mata dia menerokai segenap ruang
carik mangsa dan memandang jantan
apa de halll?;D
en.thuraivillu selaku pensyarah di sana telah memberi saya sebuah buku sebab dapat buat isi untuk karangan
;DD
terima kasih tuan!
sebenar nya ayt x power pung tapi dah x ramai yg nk jawab berani angkat tanagn
dan yg angkat tangan menjawab soalan semua jawapan suam2 kuku je.masa untuk aku mengangkat tangan dan tunjukkan keseksian ketiak.

'keruntuhan akhlak remaja juga didorong oleh pengaruh media masa.remaja terperdaya dan mudah terpengaruh dengan propaganda media masa dan daripada situasi mereka tidak dapat untuk berfikir secara rasional bagi membezakan contoh pengajaran yg baik dan yang tidak baik'

berikan tepukan untuk humaira dari sekolah menengah kebangsaan wangsa melawati
;DDen thurai yg cakap.dan dapatlah sebuah buku yg ditanda tangani oleh beliau.buku yg snagt berguna.
mengenai rumusan.rezeki...dah lah rumusan aku mcm tahikk..x pernah nya nk markah memuaskan.;)