Jiran Tetangga

Monday, March 24, 2014

MH370 :'(




17 hari yang suram kau masih dalam penantian
Ramai jiwa yang mengharap moga kau kembali
Ramai doa yang mengamin biar keajaiban itu berlaku
cukup dengan sekali ini,
moga senyuman di bibir yang menanti
tak akan mati

Tapi
hari ini, suram bertukar kelam
hingga mata hilang azimat untuk lihat yang nyata
bila titipan harapan terus menyala
aku kata kau masih ada di atas sana
kau masih terbang tinggi di udara
kau masih kekal bernyawa
hingga selamat kau mendarat di satu tempat
biarlah di mana mana pun roda mu berpijak di landasan
sayapmu gagah melawan arus angin
di mana sahaja kau berhenti
sejuta suara terus berkata
moga kau selamat
dan kau akan selamat

aku mahu lihat kau pulang dengan satu senyuman
hadiah istimewa buat hati yang perit menunggu
setia menunggu dengan harapan
baliklah, anak isterimu ada disini
ibu bapamu tak putus menadah tangan
satu malaysia tak pernah jemu
menanti kau muncul

240314 mimpi ngeri jadi nyata
hari ini, kau terus hilang entah ke mana
tanpa berita tanpa pesanan kau terus lesap
mati dari dunia nyata.

MH370 khabar dukacita yang langsung tak diduga
kau menggegar dunia.
Nama mu disebut seluruh pelosok dunia
masih jauh di fikiran ini
masih belum mampu aku menjangkau akal
kau benar benar hilang di lautan hindi

Sampai satu tahap
tegar aku kata, khabar itu semua dusta
cerita itu semata dongeng

Banyak air mata menitis.
Sebak.Diam.Kelu.Hilang suara untuk berkata
hilangmu langsung aku tak duga
kau lesap sekelip mata
dan hari ini juga
kau ajar kita untuk bersatu untuk sama percaya
walau apa terjadi, kita masih satu bangsa
biar siapa pun kita, malaysia tetap merasa duka
sebab yang mati itu adalah kita.

MH370 bersemadilah dengan aman
Lautan biru hari ini nyata bertukar merah
ombak menghempas jadi saksi betapa kau terkapai menjerit sakit
udara dingin simpan bukti betapa kau bergelut hebat
untuk terus kekal selamat
bila disebut kun fayakun
cerita hidupmu, tamat

Sekarang,
kau tiada lagi.
Hilangmu, aku kenang dalam doaku.
Moga tenang di pusara abadi
bersemadilah.

Allah sebaik baik perancang.
DariNya kau dicipta,kepadaNya juga kau dikembalikan
Allahuakhbar.
alfatihah.


Thursday, February 27, 2014

hormat?




Bukan untuk berkurang ajar
apatah lagi mahu memaki hamun
dia yang aku pandang umpama bapa
walau tidak ada secalit tautan darah

Jujurnya,
kalau benar dia bermain dengan syarat 
yang langsung tak boleh diubah
apa yang dia catit pada asalnya
menjadi batu akan terus kekal sebagai batu
Tak akan putih tak boleh hitam
Batu yang dia sendiri corakkan
hanya ikut dengan firasat dan nafsu akal butanya

aku percaya, undang undang boleh dipinda
ya, untuk kebaikan dan kalaupun pindaan itu 
mampu mendatangkan kebaikan walau hanya sekecil zarah
aku percaya
tak ada salah tak ada dosa
kalau diubah
dan tak ada perlangsungan tata cara yang jatuhkan hukuman
mandatori, kau bakal ke neraka
langsung, tidak ada
kalau ada pun,selayaknya itu kasta engkau.

Tapi, dek kerana undang undang tekal yang dibina
kau kata, itu hidup dan mati perlu aku turut
kalau aku langgar, ego kau habis tercalar
maruah kau di depan berpuluh mata, lunyai di telapak kaki

Pada aku, perlu aku kisah?
Kau buat apa yang kau mahu
Aku diam perhati selagi mampu
sampai masa, aku berani kata
kau tak layak untuk aku puja 

Sampai masa, mata aku boleh bertentang
dalam tikaman mata itu,
aku mahu hati kau remuk lumat
tersedar,
biar kau malu dengan pura pura engkau
Biar tindakan kau, jadi tali gantung untuk jasad tubuh sendiri

Kau tak layak digelar
pendidik bangsa

CELAKA.
270214 8.30 AM.
Bangunan kuning tangga satu.
celaka.

Thursday, February 20, 2014

ALASAN.



Assalamualaikum.
Dah lama tak menaip dalam ruangan sesawang yang makin dilupakan macam tu sahaja ni ni ni :D
Semester baru dah mula, hari baru bermula dan janji yang baru pun bermula.
Assignment ringkas pertama yang diberi, untuk permulaan yang baru ini adalah dalam subjek Psikologi Pembelajaran Dr fatanah.
Dan untuk pengetahuan yang ala ala keji, kelas ini berlangsung pada hari kedua dan pada kelas pertama ini, aku dah pun ponteng kelas. Syabas, Amirah syabas! Sebab apa ponteng? Sebab main dengan konsep alang alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan. Alang alang lambat, biar ponteng terus.wahaha! Padahal lewat 15 minit je terlajak tidur, terus muka pucat dan hati berdetak 'Tak payah lah pergi.Dah lambat'

Kawan kelas kata, nama dah naik dah dari mulut lect. Bakal kena aims lah kau mira oi.Ada kawan seangkatan yang kaki ponteng  terserempak dengan lect, terus kena bambu. Lect ni kata 'Dah lah tak datang kelas, tak ada pula nak datang jumpa saya minta maaf' Teeehhhe!






Lect suruh tulis essay tentang 'Kenapa tak dapat 4.00 flat?'
Dan walaupun tajuk lect nak macam agak demand, okay bisa diatur sebab aku adalah manusia yang gemar dan mahir memberi 1001 alasan dalam hidup ini haha.
Tak nak taip panjang panjang terus kopies essay yang ditulis pada malan hari dapat tugasan.
Sebabkan aku rasa ini tugasan yang bukan personal dan konsepnya seakan akan bermonolog sendiri, jadi aku dengan rela hati nak publish dekat sini jugak, buat tatapan anak cucu jika mereka besar nanti. cewah!

see ya!
Assalamualaikum :)

Tugasan 1 – Hari pertama kelas DR Fatanah ( PPEC 1104 – PSIKOLOGI PEMBELAJARAN)
Soalan : Nyatakan sebab kenapa tak dapat 4 flat?



Assalamualaikum Dr. Nama saya Nurul Amirah Binti Mohd Azizul (PEC 130030). Saya merupakan pelajar tahun pertama bagi semester 2 Jurusan ijazah Sarjana Muda Kaunseling. Pada peperiksaan akhir semester yang lepas, bagi keseluruhan 6 subjek yang diambil, saya mendapat 5A dan 1B-.

Secara keseluruhannya, saya sangat bersyukur dengan keputusan peperiksaan ini, namun jika diberi pilihan untuk jadi yang terbaik dan mendapat markah terbaik keseluruhan, sudah pastinya saya mensasarkan untuk mendapat 4.00. Namun, sedikit malang dan mungkin bukan rezeki saya pada kali ini, dengan usaha saya yang saya kira agak setimpal tindakannya, maka ini sahaja yang layak saya dapatkan untuk ditonjolkan kepada kedua ibu bapa saya supaya mereka tersenyum dan untuk membalas penat lelah pensyarah yang menharapkan keputusan terbaik bagi kelas kami.

Secara jujurnya, saya katakan bahawa jika boleh diputarkan semula masa dan saya kembali bermula pada hari pertama, saya yakin yang saya boleh dapatkan keputusan terbaik dan tidak mustahil 4.00 akan ada dalam genggaman tangan saya kerana usaha dan tekad saya sendiri. Namun, pada semester yang lepas, saya akui bahawa ketidak mampuan untuk menjadi yang terbaik itu datang dari tindak tanduk yang saya sendiri ambil dan pilih. Saya seorang yang kerap tidak hadir ke kelas sehinggakan pada Kelas Kemahiran Maklumat yang lepas, nama saya sudah disenarai pendekkan menerima amaran pertama akibat kerap tidak datang secara berterusan. Puncanya? Saya mengaku yang saya sambil lewa, malas dan ambil mudah dalam setiap perkara. Jika saya terlewat 10 minit dari waktu yang asal, keputusan akhir saya adalah saya akan tidak datang langsung untuk tempoh 3 jam atau 2 jam kelas terbabit. Sikap negatif saya ini, saya kira membunuh peluang untuk saya sendiri. Malahan, jujurnya juga kelas kelas lain juga saya adalah antara muka yang kerap tidak hadir ke kuliah atas alasan alasan tertentu yang saya kira, jika diteliti secara jelas, orang akan dapat bercakap cakap  yang saya seorang yang malas dan kurang motivasi dalaman dalam diri.

Sememangnya niat saya belajar adalah untuk medapatkan keputusan terbaik dan mahu jadi yang terbaik dalam kalangan semua. Saya seorang yang aktif di Universiti dan terlibat sebagai wakil Universiti Malaya dalam kelab Oretor Debat dan Puisi dan di kolej juga, saya sering dipanggil untuk menjadi pengacara majlis. Secara kosepnya,penglibatan aktif dalam aktiviti kokurikulum itu saya mampu capai namun masalah yang menjadi kekangan saya sendiri untuk dapat 4.00 adalah kerana ketidakmatangan saya dalam menguruskan masa. Kadang kala latihan luar mengambil masa yang lama sehingga ada mececah jam 2 pagi baru saya tiba di bilik, jadi kerana letih dan mengantuk saya putuskan untuk tidak hadir ke kelas.
Selain itu, saya gagal untuk mendapat 4.00 adalah kerana saya membuat persiapan di minit minit terakhir. Cara ulang kaji saya bukan bermula dari awal semester, sebaliknya bila sudah meninggal baru saya nak gali kubur sendiri. Itu perumpaan sikap saya. Pada peperiksaan yang lepas, saya mula membuka buku dan mula fokus pada minit minit terakhir iaitu pada malam sehari sebelum menjawab peperiksaan, lebih teruk lagi ada subjek yang saya hafal di tepi tong sampah di luar dewan peperiksaan sebelum 5 minit sahaja lagi semua pelajar diwajibkan masuk ke dalam dewan. Saya akui, itu juga memberi kesan kepada keputusan saya yang sekali gus mengahalang saya untuk dapatkan A+ dalam kesemua mata pelajaran.

Kesimpulannya, ini adalah sebab major kenapa saya tidak mampu capai 4.00 dan hanya layak diberikan sekadar ini pada peperiksaan kali akhir. Saya tidak memandang kepada mandat DEKAN, sebaliknya langkah saya dalam kelas ini adalah untuk jadi yang terbaik dalam kalangan semua dan saya mahu saya mampu jadi pencabar terbesar bagi kawan kawan yang lain. Tiada isitilah 'dekan adalah segala galanya' , kerana saya tahu jika itu yang diburu saya tidak akan rasa seronok untuk belajar perkara yang baru setiap hari. Matlamat saya adalah, belajar sehabis baik dan serap segala ilmu sebanyak mungkin namun, adalah bohong jika saya katakanan yang saya tidak tercuit untuk dinobatkan sebagai anak Melayu yang mampu mendapat 4.00 dan boleh berdiri sama tinggi dengan bangsa cerdik pandai lain di Universiti Malaya.

Saya juga ada terniat sebegitu, mahu buktikan yang saya boleh, mahu membuat ibu dan ayah saya bangga tersenyum dan mahu membuat pensyarah percaya dan yakin dengan kemampuan saya. TAPI, punca dan kesilapan kenapa saya tak mampu buktikan pada semester satu yang lepas yang saya boleh dapat 4.00 adalah SEBAB KESILAPAN DIRI SAYA SENDIRI. Silap saya sendiri dan kelemahan diri saya sendiri. Bukan punca persekitaran dan bukan punca orang sekeliling, tapi semuanya adalah salah saya. Dan, hasilnya berani buat berani tanggung. Apa yang saya usahakan, ini sahajalah hasilnya.

Jadi, saya mohon Dr sudi beri tunjuk ajar dan pantau saya. Jika bukan sebagai pelajar individu, lihat saya sebagai pelajar yang ada potensi yang perlu digilap. Saya perlukan bimbingan Dr dan moga Dr sedar akan kehadiran saya dalam setiap kelas Dr walaupun pada kelas pertemuan pertama kita, saya tidak datang kelas atas sebab sebab yang saya kira Dr boleh agak selepas baca surat saya ini. Doakan saya, dan inshaallah semester baru, tahun baru dan penghijrahan yang baru, saya tekad jadikan ini sebagai permulaan untuk saya berubah ke arah yang lebih baik, matang, rasional, beratnggungjawab dan bersemangat untuk menjadi seorang bakal kaunselor yang berjaya. InshaALLAH J

Terima kasih , Dr Fatanah.




Friday, December 27, 2013

Sesi tenung mata ke mata bersama Banduan Penjara Marang, Terengganu


Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.
Salam Satu Malaysia
Salam satu Malaysia.
Salam satu malaysia.
Bila barang naik harga ni, rasa nak sebut salam satu malaysia banyak banyak kali.

Okay kali ni nak cerita tentang lawatan ke Penjara Marang Terengganu. Lawatan dengar nama macam comel je, buat lawatan jengah jengah orang jumpa main lambai tangan kan. Itu namanya lawatan, tapi sebenarnya ni bukan kes melawat tapi kes duduk setentang berdepan dengan banduan penjara. Haaaa seram dan ganas kan bunyinya? Memang itu lah yang kami buat masa dekat sana sebagai pendedahan kepada bakal bakal kaunselor. Lagi 4 tahu nak grad Ijazah Sarjana Muda Kaunseling Universiti Malaya.
Apahal lama sangat weh?
Semua mengembleng tenaga sampai ke akar umbi sama sama jayakan projek Bawah subjek Pikologi Sosial sebab kalau projek ni bejaya 20% buta buta dalam tangan. Siapa nak bagi 20% percuma weh?
Orang nak dapat saham 20% pun terpaksa jual macam macam produk kaching nak duit banyak! haha. apatah lagi ini perihal markah exam final.
Thanks babah :)




Berbekalkan keazaman dan keberanian yang utuh, projek ni berjaya dilaksanakan selama 3 hari 2 malam. Tapi masuk dalam penjara sehari je, sebenarnya sebab nak realisasikan projek perjalanan membina insaniah. Nama bukan main berilmiah dan glamour lagi. Membina insaniah, moga moga sebelum nak mebina orang lain aku dah terbina dengan lengkap dulu lah ahaha.
Pilihan tema dan baju apa bagai sekali dengan logo, memang aku dengan budak kelas tak tahu menahu apa apa. Tengok tengok je lect dah tempah buat baju dan dah tetapkan oranje sebagai warna tema. Katanya warna oranje bright dalam gelap. Oranje kira okay lah, tak ada tahap kerut dahi lagi tapi kalau warna kuning neon haa memang boleh buat gaduh lah. Kalau aku yang kulit tak berapa nak flawless gebu sarung warna kuning menyala memang boleh buat replika letak sebelah batu caves.
Oranjepilihan yang tepat, sebab kebetulan dekat UM ni baru pilihanraya. Pro mahasiswa menang besar dengan tema oranje nya, maka tak ada lah segan benar rasa canggung nak pakai oranje di sekitar kawasan Um ahaha.
Paling koman boleh sarung baju ni jalan jalan dekat KPS sambil kembangkan hidung.

shittas! baru perasan gambar aku yang lawa tak banyak dalam camera.





Inilah adalah pensyarah kesayangan ramai. hikhik
 Dr Razak aka babah siap buat permainan pecah otak lagi pasal tema baju ni. Dia kata, siapa yang boleh bagi maksud yang tepat tentang logo yang dia buat ni, akan dapat markah bonus untuk exam.
Maka berpusu pusu lah semua menjawab dan bagi jawapan, walaupun lain macam versi jawapan yang dibaginya Tapi mostly menjawab dengan mata nafsu je nak markah, jawapan semua tahap geli tekak macam berpuitis benar termasuklah aku :D
Satu gambar muka robot beku ni boleh sampai berjuta patah perkataan yang ditaip.


Macam aku lah, Kemain menjawab deras bukak kamus sanskrit nak bagi ayat nampak sedap dan berselirat makna, tapi sampah haha.
Tak kisah lah, janji baju ni boleh disarung dan nampak macam sepasukan atlet bergerak memburu pingat emas sampai Terengganu. Bukan main lagi tau. Nike originalatte lagi tau.

Kitaorang bertolak pagi 17 dec dan akan masuk penjara pada 18 dec seterusnya hari ke tiga tu sesi cuti cuti mata di Terengganu. Bagi budak keyyeel macam aku ni, kalau dah ada sesi pusing ke Terengganu memang tak sennag duduk lah dibuatnya. Terus emosi jadi tak terkawal walapun bila nampak lembu ragut rumput tepi kawasan rumah orang. Macam sawan menjerit bila fikir macam mana lembu boleh berkawan baik dengan manusia tanpa membuat sebarang onar? Bukankah itu satu pemandangan yang mengagumkan? Dekat sini semua lembu aku tengok dah kejung mati, tapi dekat Terengganu lembu boleh bersantai silang kaki depan perkarangan rumah orang. Ouh! Pls lah abang ganu, kahwengg dengang kiteng.

Hari pertama tak ada apa yang berlaku sangat lah. Sebab 8 jam memerap dalam bus, tak kematu aset mantap dekat badan duduk tak bergerak? haha. So kalau tak nak lari tajuk dengan cerita bidaah boleh lah aku terus menaip ke klimaks jalan cerita banduan. Kang termengata pulak makan dekat restoran apa ke benda, mihun sup dia rasa mcm membunuh halkom. Tak tertelan saya dibuatnya. Tak sedap :(




Dah sampai dah!!




Malam tu berbincang kejap apa yang kena buat. Apa yang tak patut buat untuk esok.
Sambil bincang sambil fikir soalan nak tanya apa esok. Yelah, orang kata sediakan payung sebelum hujan. Tak kan nak masuk tentang mata dalam dalam sambil tanya, 'Dah lama buat kerja macam ni bang? Haaa. Kan dah kena tangkap. Rasa apa? Oren? '
hikopritos sangat tawww haha

Kami dibahagikan dalam 3 kumpulan. Satu kumpulan cincai cincai 10 orang dapatlah 5 orang banduan untuk ditemu ramah.
Sebenarnya ni segmen Sentuhan Kasih, macam mana di dalam pertemuan ni, aku diajar untuk berkomunikasi dengan orang secara bertika. Kiranya, macam satu ruang baru yang mendedahkan bila jumpa klien nanti, apa yang kita akan buat, apa yang kita akan tanya dan bualkan sampai klien yag kita tak kenal tu rasa selesa rasa percaya dan rasa selamat untuk menceritakan semua masalah dan jalan cerita hidupnya :)

Dalam kes dengan banduan ni, sebabkan bukan macam dalam ruang peribadi sendiri dan open air sangat tempat dia, kitaorang kena belajar dan adaptasikan teknik soalan terbuka. Soalan yang tidak mengikat orang yang hendak menjawab dengan jawapan terhad.
Haaa mula dah penerangan keling kan haha. So aku bagi contoh simple lah.

Kalau soalan tertutup, jawapan dia terhad sekadar ya atau tidak.
Contoh soalan aku tanya dekat kau, 'Aku sebenarnya cantik. Kau rasa aku ni cantik tak? Cantik kan? kan kan? Cantik kan?'
So korang kena jawab, 'ya kau cantik atau tak, kau tak cantik.' sahaja. Tapi persoalannya di sini, siapa je yang berani menidakkan kecantikan aku? Hahahaha. K, tak lawak.
Jenis soalan terbuka pulak, daripada soalan ,orang tu bebas menjawab apa sahaja. Tak termaktub dengan yang hidup atau yang mati. Kalau dia nak kata gajah warna pink pun tak salah dan tak patut pun kalau dia kata gajah 8 kaki, dia kena lempang haha.
Contoh soalan, 'Kau rasa aku ni macam mana? Apa pendapat kau tentang aku?'
So lantak dia lah kalau dia nak jawab, 'aku rasa kau ni manis sangat. sebab aku dah rasa kau aku rasa kau ni masin pahit maung dan hangit apa apa je lah' . Atau dia bebas menjawab, pendapat dia tentang aku. Baik Comel Manis ayu lembut peramah atau sebagainya. Choyyy kau Umai! Contoh nak baik baik belaka haha.


Masa bincang ni, lagi banyak main dari berbincang. Sebab semua dalam kondisi yang tak memberangsangkan. Badan sehari suntuk tak mandi dan melekit. Dalam keadaan jiwa tak tenteram macam ni, memang bantal menjadi nikmat dunia yang paling Ohsem!













Dah sampai ke klimaks cerita.
Ni je haa cerita asal dia sebenarnya haha

Konsep pada hari berjumpa banduan adalah, 'LAGI KAU BURUK,LAGI BAGUS. LAGI KAU SELEKEH LAGI SELAMAT'

Contohnya ada di sini, iolss lah kalau bukan siapa lagi. Kemain bila berhijab sampai isu kecantikan semulajadi dilupakan terus, haha.
Bila tengok balik gambar hasil tangkapan terus macam eeuwwwwww macam ni hang rupanya pada hari tersebut
Ini aku kah wehh?wuwuwuwu.
Umai wajar paling terencat. Yeayy!




terpancar nur muselimahh taw.

Nampak seram tak konsep dia?haha. tapi itulah realitinya di sana masa nak jumpa banduan penjara sebab aku diberitahu dalam tu ada yang 10 tahun 20 tahun tak jumpa perempuan atau lebih seram lagi tak disajikan dengan keindahan dan kecantikan perempuan haha. Sebab penempatan banduan penjara marang ini semuanya lelaki. Tak ada perempuan.
So sebab kan kelas aku ramai perempuan sekitar 30 orang, jenuh lect nak jaga sorang sorang jadi kami dinasihatkan supaya pada hari kejadian marilah kita menjadi selekeh secara berjemaah agar keberkatan tu diraih bersama haha.
Tudung kena hitam biar nampak kusam je lepas tu baju jangan ketat dan muka dilarang sama sekali bersolek seperti opera cina. Kalau boleh, bangun pagi muka pun jangan basuh. Gosok gigi je. Kalau boleh tudung pun jangan gosok, biar berkedut sejuta biar anak tudung pakai sampai tutup suku mata. ahaha. ceh ni tipu je. Kalau selekeh sangat mcm tu, dah tak nampak mcm kunjungan pelajar UM cerdik pandai dah, tapi nampak mcm kunjungan ahli ahli tanjung rambutan.

Kunjungan kitaorang di sambut ceria dan mesra alam oleh pihak pegawai penjara. Tuan Nazarul. Bagus orangnya, sporting dan mesra dan menyelesakan . Hati yang mula mula seram sejuk masuk penjara, tapi bila berdepan dengan tuan ni, hilang masalah jiwa bhahaha.
Tuan Nazarul ni dia pesan jaga diri, jaga keselematan dan jaga peradaban sebab kami sebenarnya akan melangkah masuk dalam satu dunia yang lain. Dunia mereka tak sama dengan dunia kita.
Macam mana, mereka sebenarnya di luarnya nampak sempurna fizikal, sihat dan cergas tubuh badan. Tapi secara psikologinya, orang orang macam mereka sedang sakit dalam jiwa dan mental.
Masa dengar penjelasan Tuan Nazarul ni, mulut iolls melopong tau. haha. Macam oooooooooooooooo...
Kagum dan gementar berebut rebut nak tangkap otak masa ni.



Secara peribadinya, masa masuk penjara aku pun ada lah bermonolog, banduan Malaysia ni sama ke mcm banduan dekat luar negara? Kan dalam movie Escape Plan, Prison Break bagai lah dengan selamber dorang ketengahkan kisah banduan buat strategi nak lari dari penjara. Buat risikan buat plan cipta alat dan buat rusuhan nak bebaskan diri.
Ehem! Malaysia tak de ke ganaih cenggitu?

Maka dengan itu macam terdengar je suara hati aku ni berbisik kan haha so Tuan Nazarul kata,
cuba bayangkan dari seketul sabun buku, mereka ni boleh cipta kunci yang boleh bukak pintu sel
OOOOOOOOOO kekaguman menjadi lebih besar
Lepas tu cuba bayangkan dengan hanya diberi pisang dan tepung bukan tepung ibu roti mahupun tepung mauripan, banduan ni boleh cipta sebuku kek pisang yang enak boleh diamakan secara santai dan telan dengan nikmatnya. OOOOOOOOO lagi sebab tanpa oven, tanpa telur tanpa bahan buat kek,mereka boleh hasilkan kek pisang.
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO.....
Ouh pls. Teach me mastah!

Lepas tu dia kata lah lagi yang, dalam bilik sel tu dengan tak ada guna penembak atau penebuk dinding, mereka boleh hasilkan tempat gantung baju gantung seluar dan melekat dengan jayanya.
Kau mampu? Nak lekat setem pun terkial kial cari gam dekat meja akak kaunter ahaha.
Kreatifnya mereka. Dan sebab terlalu kreatif mcm gini lah yang sampai langgar tahap norma masyarakat dan menjadikan sikap panjang akal ni untuk menakutkan dan mencederakan orang lain.


Masa dalam bilik dengan 5 banduan semua gelojoh nak bertanya tak menyabor nyabor terutamanya aku lah tu kan. ahaha. Maka secara jelas aku yang pada mulanya dilantik sebagai rakyat jelata telah dengan derhaka mencemar duli dan merampas takhta ketua kumpulan. -_-
Sebab bagi aku peluang cuma sekali, dah kalau ada soalan terbit dalam kepala otak, tanya je lah. Yang dok menunggu penuh snatun tu dah kenapa.Banduan tu dah terkebil kebil dah depan mata , yang kita dok tercengang nak tanya apa tanya apa. Kang silap silap hari bulan, salah takdir banduan ni yang kaunselingkan kita wuwuwuwuw.
Alhamdulillah, sesi sentuhan kasih ni berjalan lancar.
Kumpulan aku dapat 5 banduan. yang pada perkiraan aku mereka sangat responsif dan memberikan kerjasama sepanjang sesi ni. Tak adalah macam kitaorang bercakap dengan dinding yang penuh lukisan mistik hanya kaku dan menyeramkan haha.
Setiap soalan yang kami ajukan, mereka jawab dengan santai dan berniat untuk berkongsi.





Jom Touchdown sikit pasal para banduan ni sekali lalu.
Seram ni seram.

Banduan 1 - Kes pecah rumah dan dadah. Ditahan hasil laporan dari orang Felda. Dia ni dah 4 kali ditahan masuk penjara. 4 kali keluar masuk sebab kes yang sama. Secara rumusnya, dia kata sebab dadah dia jadi mcm ni. Pendidikan sekadar tingkatan 3 dan mula mengenali apa itu dadah dari usia 12 tahun. Bagi perkiraan aku, dia ni agak pasif dan macam dalam dunia khayalan. well, kau tahu lah kan bila kau bercakap dengan mat lalok. Eye contact kosong dan kita yang tengok pun jadi terhuyu hayang sama haha. Tanya dekat dia ni, ,kenapa bila dibebaskan sebanyak 4 kali lepas tu memilih untuk masuk semula,sedangkan bagi seorang banduan nikmat bebas itu lah yang dicari,
Dia jawab sebab pengaruh kawan. Katanya, kalau dia dibebaskan hari ni, kawan kawan dia dah tunggu dia depan pagar. So dia sendiri mcm tak yakin dia dapat berubah atau tak . Dan sebab kan pengaruh kawan, dia masuk ke sini masuk masuk dan masuk lagi.

Banduan 2- Kes samun berpasangan dan dadah. Dia masuk dalam penjara tapi partner dia bersuka ria halobanya masih bebas dekat luar sana sambil boleh buat tanda ibu jari bagussssss. Dia buat atas desakan nakkan dadah bila dah ketagih sangat dia menyamun orang. Nasib tak baik, dia ditahan dan tanya dekat dia, apa perasaan dia bila dia je yang ditangkap sedangkan kawan dia masih bebas dekat luar? Dia jawab dia terima ini sebagai takdir hidup dan bercita cita akan berubah untuk keluarga anak bini dan anak yang usia 6 tahun. Orangnya masih malu malu dan senyum simpul je masa berinteraksi. Bila sentuh soal anak, dia nampak berkocak sedikit dan sebak.



Banduan 3- Ini banduan yang sangat menarik mata dan pemikiran aku . Kes pecah amanah, well sekali dengar kita tahu yang kes pecah amanah bukan simple simple punya orang boleh buat. Ni kes jenayah kelas atasan dan biasanya dipelopori oleh orang yang ada jawatan kerja. Dia berpendidikan tinggi dan graduan dari UITM dalam jurusan dip perakaunan. 11 tahun bekerja di bank dan secara autoritinya dia adalah senior di tempat kerja. Orang lamo yang dah lamo kerja dan sebab kan duit, dia songlap wang syarikat. Dari cara dia duduk, dia dah menarik tumpuan aku sebab dia duduk dengan tegap dan berpeluk tubuh mendada. Ala ala big boss gitewww. Bila tanya keseluruhan, dia ni bagus. Dia menjawab dengan yakin dan tegas dan dalam percakapan dia ada ilmu.Bukan penyampaian kosong :) Dia lebih memandang tahanan dia dari konteks kerohanian. Dia rasa bersyukur dia di tahan dan duduk dalam penjara yang banyak ajar dia tentang agama dan bersihkan jiwa dia. Dia mendekatkan diri dengan tuhan dan dah ada perancangan untuk lebarkan perniagaan keluarganya. Sekarang, diuruskan oleh isterinya. Ada anak sulung umur 12 tahun dan dapat 4A dalam UPSR.



Banduan 4- Kes 'TLS' antara kes yang istimewa dan unik. TLS maksud dia Tunggu Limpahan Sultan. Dia tak ada tarikh dibebaskan melainkan dia mendapat mengampunan dari mana mana raja melayu atas kesalahan yang dia buat iaitu membunuh pada usia 15 tahun di bawah pengaruh dadah. Sepatutnya masa tu dia masih kategori bawah umur dan klasifikasikan kes juvana, tapi sebab kesalahan dia hadko sangat iaitu membunuh maka dia terus dipenjarakan dari usia 15 tahun dan sekarang lebih 12 tahun dia dalam penjara. Dia kata, dia tak nikmati masa remaja dia sebab muda muda dah masuk penjara dan punca dia jadi mcm ni sebab kan kurang kasih sayang keluarga. Datang dari latar belakang keluarga yang pincang, mak ayah bercerai masa dia kecil dan tinggal dengan mak saudara. Sebab dikongkong, geram dan dendam, maka dibunuhnya lah orang tu. Tapi dia ni ramah dan banyak cakap jugak. Orang dia kelakar walaupun aku tengok mata dia macam kena ikat batu dekat kelopak. Mata stim gila babenggg cakap kau haha



Banduan 5- Kes seksual. 2 kali ditahan atas kes yang sama. Yang ni jalan cerita yang dia bagi macam tak link haha. Dia macam cuba main detektif Konan. Suruh kami yang bongkar isu dia. Tanya dekat dia, bila dah 2 kali ditahan atas kes seksual, kes yang sama, tak ada keinginan ke untuk merancang dengan cara yang betul. Dengan cara yang halal iaitu berkahwin. Dia senyum malu je bila tanya pasal kahwin, macam kami ni datang nak meminang dia pulak. At the end dapat tahu dari pegawai, dia kes liwat. Ouhh gay rupanya. patutlah malu malu bila tanya pasal awek haha.Nafsu songsang punya hal wiwiwiwi.



Sesi kaunseling ni berjalan dalam 2 jam setengah kurang lebih lah. Tak tenung pun jam, ralit sangat tengok muka mereka ni haaa tahu tahu masa dah habis. Rata rata bila ditanya, kalau diberikan peluang untuk meminta maaf. Siapa orang pertama yang kamu akan jumpa dan mohon kemaafan?
Semua bercakap dan bagi jawapan yang sama iaitu nak minta maaf dekat ibu bapa :')
Jahat mana pun manusia, teruk mana pun orang tu mesti dalam hati dia tetap terpahat tentang mak dan ayah dia.

Selingan sikit sikit pasal banduan lain yang kumpulan lain dapat.
Ada lepasan diploma mekanikal engineering, kes dadah. Pegawai kerajaan kes curi kabel, Pak cik usia 54 tahun kes kahwin dengan budak umur 13 tahun dan ada anak sorang maka jadinya undang undang kata dia dikira merogol budak bawah umur padahal suka sama suka khonn, kes kongsi gelap bunuh orang ..haaaa ni ganas sikit tengok kepala beliau pun berbirat bertakuk takuk mcm kesan kelar, kes bunuh awek sebab jeles punya pasal, kes ilmu hitam yang membawa kepada rogol anak sendiri dan banyak lagi kes tapi yang boleh disimpulkan adalah majoriti punca adalah dadah. Dadah yang langkah pertama diambil atas tujuan mencuba dan nak merasa daripada hasutan dan pengaruh kawan kawan.
Maka mohon teleng kepala kanan dan kiri, kalau kau nampak kawan kau macam mat lalok mata macam mat ganja rabak semacam muka kuning tak ada jiwa dan perasan, mohon terajang laju laju sekarang!



Dah habis sesi sentuhan kasih yang tak berapa nak intim, kami didekatkan lagi dengan sesi slot motivasi santai. Ynag ni baba yang handle. Slot ni kurang lebih macam sukaneka tak berapa nak berpeluh ketiaklah. Dalam dewan main secara santai je .Tapi santai santai pun jenuh nak perah otak fikir cara macam mana nak buat tu buat ni. Mula mula plan kami semua ni haa lelaki perempuan satu kelas dengan mereka ni main sekali dalam game yang dirancang, macam kutip gula gula guna chopstick, angkat cawan guna getah dengan angkat getah pakai straw. Tapi bila fikir balik keselamatan dan tengok muka cuak tak cuak kitaorang, babah batalkan. Babah kata biar mereka je yang main. Kita tengok.




Fuhh alhamdulillah. Terus boleh kentut tanpa penapis bila babah kata batal main game. Haha. Itupun masa main game, kami sebagai penyokong macam canggung gila bak hang.
Suasana macam krik krik krik, macam kau tengah tengok che ta masak pakai skirt paras betis masa potong ayam dalam master chef selebriti. haha.
Agak janggal, sebab macam nak bersorak lebih kang keluar suara pelik pelik lepas tu badan menggeliat menggelitis kang jadi lain. So masa tu dengan aku aku sekali jadi muslimah, berdiri dekat tepi tepuk tangan kaku je sambil suara bisik bisik lembut je 'Cepat cepat. cepat boleh menang' muka senyum malu malu je. Posisi berdiri tak berubah pun masa bagi sokongan Kena jaga perangai, Umai hoyy haha :D




Yang ni gambar game pertama. Pulau Idaman. Kitaorang nak tengok imaginasi mereka berdasarkan lukisan tangan. Babah kata, bayangkan ada duit rm500 Juta dan ada satu pulau. Apa yang encik encik semua ni nak bina atas pulau tu?
Bagi 3 marker pen, masa tu aku nampak mereka ni lagi bernafsu pandang pen ni drpd dengar suara babah . Serius menggerunkan. Pen tu mereka genggam dan angkat, tenung sambil pusing psuingkan. Sampai babah terpaksa bagi arahan letak pen tu dulu. -,-

Secara amnya, mereka diberi masa dan lukis lah apa sahaja dan nanti kena bentangkan apa maksud lukisan mereka.
Dari segi olahan lukisan, cara gambar tu dilukis sama. Bentuk gambaran kasar kasar dan tajam tajam macam tema lagi ganas lagi bagus.
Lepas tu bila suruh bentangkan, mereka berdiri dan ada yang terangkan macam ni.
'Pulau kami tak ada polis. Yang jaga pulau ni ikan jerung. Kalau siapa datang buat kacau, nanti ikan jerung ni makan aa korang. Gigit sampai mati. Kami ni lanun so semua  ni kami punya..'
Choy! Jack Sparrow pun boleh mati keras dengar cerita ganas mereka ni haha.
Just tafsirkan secara terperinci, jiwa mereka memang lain macam dan ganas. semua benda dikaitkan dengan keganasan. Macam mana digambarkan penempatan mereka tu semua berunsurkan kegagresifan yg abnormal. Lanun lah ikan jerung lah.
Kalau boypreng i kata nak bawak per honeymoon dekat pulau ada jerung, sanggup putuskan hubungan secara membabi buta terus. Tak cakap banyak dah.






Lepas dah main game semua tu, sedar tak sedar dah nak habis pun masa kami bersama banduan.
Sedar tak sedar makin panjang aku menaip haha.
Last segmen adalah nyanyikan lagu Tema. Macam biasa, barulah tipikal Malaysia kalau bawa lagu tema Kenangan Terindah daripada Samsons kan.
Mana mana majlis kalau feeling nak menangis berjemaah, mesti nyanyi lagu kenangan terindah lepas tu air mata menderu deru keluar membasahi bumi.
Tapi kitaorang tak adalah nak menangis kan, kang dorang pelik pulak. Ni nak menangis sebak sebab perpisahan ke atau menangis air mata gembira sebab tak jumpa banduan dah? Dunia! Lihatlah aku kembali! haha.



Sepatutnya lah kan, ada iringan gitar tong. Barulah persembahan semengah and nampak senonoh sikit nyanyi ada rentak. Tapi sebab kan gitar tak boleh dibawa masuk, maka terpaksalah nyanyi secara manual.
Sebenarnya, lagu tu sedih. Sedih sebab kami nyanyi sumbang .
Banduan tu duduk depan mendongak dan sengih sengih je. Dalam hati, aku tak tahu lah apa kitaorang kena carut sebab bawa persembahan tipikal tak berjiwa macam ni.
Tapi tak apalah, alang alang dah mula sumbang habiskan dengan rentak yakin.
part korus tu aku tarik tinggi sikit. Sikit je tak banyak
Sebab kena behave perangai khonnn haha
Apatah lagi hari tu bertudung litup menutup dada dan bahu
wiwiwiwi.


Dah sebelum pintu gerbang memanggil kami keluar, kitaorang dibawa berjalan ke kilang songket.
Terjah masuk dalam kinag ni, ada kurang lebih 30 orang banduan yang tengah kendalikan kayu jahitan. Sama banyak dengan kami .Haaaa seram lagi haha
Masa dalam tu, aku sendiri tak berkesempatan nak sembang lebih pasal hal peribadi.
Aku masa tu waras pulak tanya pasal kain songket macam mak esah nak beli kain. Macam mana buat, susah tak buat, belajar macam mana nak buat songket, teknik apa guna bla bla bla
Tak sempat nak tanya, 'encik masuk sini sebab apa ya?' hehe



Kiranya, dalam ni macam sekolah. Banduan ni diajar untuk memahirkan diri dalam aspek aspek teknikal macam pertukangan, songket, kelas menjahit dan kelas landskap. Mereka ni dibayar gaji sebenarnya.
Baju biru 80 sen manakala baju hijau 60 sen.
Kitaorang masuk tempat membuat songket. Mashaallah, lawa betul hasil tetunan yang mereka buat. Cantik.
ini tenunan asli tau yang guna alatan kayu susun benang. Mereka hasilkan songket ikut kreativiti dan tahap kemahiran. Design warna dan corak, adalah bebas.
Memang cantik cantik semua. Ada juga tanya pakcik sorang tu, dia kata hasil tenunan mereka ni akan dijual dan kebiasaannya songket asli mcm ni, orang orang vip dan kenamaan yang mampu milik. Anggaran harga busuk busuk pun rm500. Berdarah hidung tahu nilai harga daripada hasil tangan penghuni tirai besi.
Pandang tangan sendiri, apa je yang boleh iolss hasilkan ?haha
Tapi tak tipu wooo lawa bebenor songket mereka.
Dijual dan menembusi pasaran industri tempatan :)
Alhamdulillah.

Lepas tu keluar semula dan dan dan habis!
Im coming home im coming home haha.
Sesi lawatan kami dah habis, dari pagi hingga lah waktu lunch.
Alhamdulillah, masuk dengan 2 tangan balik pun 2 tangan. Tak ada masuk satu kepala keluar tanpa kepala haha.
Kerjasama mereka sangat sangat baik :)



Dan secara inharanya, aku belajar yang manusia punyai peluang kedua dalam hidup. Bila kita bercakap soal bekas banduan, mesti ada stigma yang akan terlintas. Mereka ni jahat, orang jahat dan mereka ni ganas. Jangan dekat sebab bahaya.
Tapi sampai bila? Sampai bila kita tegar untuk letakkan label kepada mereka sedangkan sebaik baik penilai adalah DIA yang di atas sana. Aku sendiri, sebelum masuk penjara jumpa banduan tak terfikir pun nak ambil tahu atau ambil peduli sebab mereka jahat. Kita dan mereka manusia yang sama, tapi mereka abnormal sebab sikap agresif itu adalah lebih dan terlampau. Tapi lepas jumpa, tengok sisipan mata mereka, cara mereka berinteraksi, aku faham yang mereka ini perlukan penyembuhan. Dan yang boleh sembuhkan mereka adalah kita, golongan majoriti di luar sini. Semangat, dorongan dan bagi peluang. Sokong kepada perubahan yang baik.
Kan ada orang kata, tak ada manusia suci yang tak ada masa lampau dan tak ada manusia berdosa yang tak ada masa depan.
Pilihan di tangan kita. Dan sampai hari ini, aku terbayang macam mana kehidupan seumur hidup dihabiskan dalam tirai besi. Dalam lingkungan ruang yang dipagar dengan besi berceracak tajam. Konkrit penghadang lebih tinggi dari kepala kita.
Cuba tanya, Apa ketakutan dalam hidup yang paling hitam dan menakutkan?
Jawapan dia adalah kurungan. Hidup akan mati, jasad akan mati dan jiwa akan mati bila diri kita dikurung dalam kurungan, kaki dan tangan digari dan dihalang dari bergerak bebas. Apa yang ada masa tu? Melainkan minda yang mati cuma berfikir akan kematian dan habiskan seluruh hayat di dalam penjara. Dikurung dalam tirai besi tanpa ada apa apa harapan yang meyakinkan.
Sampai sekarang bila balik,akan ada satu perasaan halus yang cuba tarik aku untuk fikir tentang mereka yang tak bernasib baik dekat dalam sana. Sebabkan tersilap langkah, ada yang sebab bukan salah mereka pun mereka ditahan dan dikurung dalam tu. Sebab, bila undang undang hasil tangan manusia mengatasi nilai kemanusian, yang benar terus dihukum tanpa ada pembelaan dan peluang semua dan yang salah terus dijulang disanjung tinggi.




Alhamdulillah untuk pengalaman ini.
Dan titipan akhir,semoga encik encik di dalam sana mendapat rahmat kehidupan yang paling tinggi dan ada jalan untuk kembali pulang ke pangkuan yang tersayang.
Dengan izin-NYA.








Syahdu punya syahdu, dah habis balik penjara. Bas rosak dan malam tu semua terdampar tepi pantai dari pukul 7 malam sampai 1 pagi. Tak ke meroyan malam tu?
Haaaa amek kaw!
Bakal diupdate kalau rajin.

Nak exam. Apa pun tak mula lagi. wiwiwiwi.